Tuesday, August 3, 2010

PERAK GAH DENGAN HANYA 30 MATA

Pasukan Perak musim ini hanya berjaya mengutip 30 mata dan menduduki carta liga super ditangga yang ke 11,berbanding musim lepas dibawah kendalian Dato M.Karuthu pasukan Perak mengumpul 32 mata dan berada di kedudukan tangga yang ke 10.

Namun begitu pasukan Perak tetap berjaya kekal dalam saingan liga super dan secara automatik melayakkan diri di tangga yang ke 10.Apa yang membinggungkan pemain pemain yang ada pada musim ini hampir 90 peratus adalah pemain musim lepas,tetapi prestasi pasukan Perak masih lagi tidak stabil dan jatuh satu anak tangga. Adakah kesilapan taktikal jurulatih ataupun disebaliknya.

Kalau dimusim lepas pasukan Perak didalangi sindiket penentuan keputusan perlawanan,apakah pula masalah dimusim ini.Walau apapun kita harus ucapkan tahniah kepada pemain pemain kerana masih menjadikan Pasukan Perak satu satunya pasukan yang tidak pernah terkeluar dari saingan liga super.Diharapkan Jurulatih dapan mencari pemain yang lebih mantap untuk saingan Piala Malaysia terutamanya pemain dibahagian serangan dan pemain di posisi tengah,kerana kedua dua posisi tersebut jelas pasukan Perak tidak memiliki pemain yang benar benar berkualiti,kerana apa yang kita lihat hari ini,jurulatih hanya mengharapkan satu ke dua pemain sahaja mengisi kekosongan di posisi tersebut.

No comments:

Post a Comment