Sukan dalam Islam
Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-
1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:
“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal)
2. Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:
“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (247 : al-Baqarah)
3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير
Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih)
4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:
مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.
Maksudnya:
“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
(Hr Bukhari – sahih)
5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:
أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.
Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)
6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:
لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Etika sukan dalam Islam
1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).
2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.
3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.
4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:
“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un)
5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)
6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:
لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له
Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)
7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”
Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Mausu’ah at-Tibbiah al-Feqhian oleh Dr Ahmad Kan3an, Feqhul Lahwi Wat Tarwih dan al-Halal wal Haram oleh Dr Yusuf Qardawi dan al-Al’ab ar-Riadiah ahkamuha wa dawabituha fil Feghil Islami oleh Ali Husein Amin.
Wednesday, April 21, 2010
SILVER STATE ULTRAS BERBISA
Silver state ultras yang berpengkalan di Ibu Kota adalah sebuah kelab penyokong yang baru telah kembali meriuhkan suasana apabila setelah sekian lamanya penyokong penyokong Perak sepi akibat rentetan perjalanan pasukan dalam saingan liga tempatan.
Kumpulan ini tercetus apabila mereka yang berada didalam kelab harimau malaya teringin melihat dimana pasukan Perak sewajarnya diberi sokongan dengan penuh irama seperti yang diterima oleh skuad Kebangsaan. Mereka bukan sahaja hadir kestadium memberi sokongan malah,perbagai rentak irama dan lagu mereka dendangkan distadium membuatkan jiwa penyokong penyokong yang hadir bersemangat untuk turut memberi sokongan kepada pasukan dengan penuh keriangan. Kalau dilihat mereka telah mewujudkan satu situasi yang telah mereka wujudkan tidak ubah seperti suasana didalam saingan liga di luar negara.
Antara lagu yang popular mereka dendangkan distadium ialah Perak Juara,Ipoh Mali dan Terima Kasih. Apa yang menariknya terhadap Silver State Ultras ialah,ketika perlawanan dimana pasukan ketinggalan jaringan keatas pasukan lawan mereka mereka ini tetap terus ceria dan tidak putus asa memberi satu sorakan yang gemuruh demi menaikkan semangat pemain pemain yang sedang mengharungi perlawanan.
Diharapkan dengan kewujudan kelab ini dan perbagai kelab yang baru demi memartabatkan maruah penyokong negeri Perak diharapkan penyokong penyokong yang sudah lama menyepi turut kembali semula kestadium bersatu demi mengembalikan maruah penyokong yang telahpun tercalar akibat sikap kita sendiri selama ini.

Monday, April 5, 2010
KENAPA DAN MENGAPA
Pasukan Piala Presiden Perak hanya mampu seri di kuantan ketika bertemu dengan pasukan belasahan iaitu SHAHZAN MUDA. Adat didalam setiap perlawanan dimana akan wujud keputusan tewas,menang ataupun hanya sekadar seri.
Apa yang menghairankan setelah pemain pemain ini menerima gaji yang tertunggak selama 2 bulan serentak pasukan tidak mampu memiliki 3 mata penuh,adakah kerana terlalu letih dengan berpoya poya diluar sana.
Kenapa ketika pemain pemain belum menerima gaji mampu mempamerkan satu mutu persembahan yang bertenaga dan mengapai kemenangan,mungkinkah ketika itu pemain pemain menghadapi kekeringan duit dan tidak berpoya poya lantas kesegaran dipadan mampu dimiliki? Diharapkan pemain pemain muda ini,kembalilah kepangkal jalan dan kembalikan sinar harapan untuk terus mencapai kejayaan.Pasukan telah berikan apa yang anda miliki,tetapi bilakah anda pula untuk memberi apa yang ingin kami penyokong dan pasukan harus miliki

Thursday, March 11, 2010
JANGAN HARAP PASUKAN NEGARA AKAN KE PIALA DUNIA
Tiada faedah langsung menghantar pasukan harimau muda A ke Slovakia kononnya untuk mendedahkan pengalaman kepada pemain pemain muda ini. Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak setuju apa yang diperkatakan oleh pihak kami.
Kalau kita menggali secara mendalam jelas sekali apa sahaja yang dilakukan oleh pihak F.A.M,sebenarnya hanyalah mencukupkan syarat kononnya negara akan kembali kelandasan seperti dahulu kala.Sebenarnya ianya semua berpangkalan dihati dahulu seandainya semua pemain yang dipilih mampu mempersembahkan corak permainan yang bertenaga dan mengerahkan kederat seratus peratus maka Malaysia akan menjadi sebuah pasukan yang teramat disegani dan digeruni di mata dunia.
Masalahnya sekarang ada segelintir pemain pemain yang dipilih telahpun terlibat dengan penentuan keputusan perlawanan,dan segelintir pegawai pegawai yang diberikan amanah untuk mentadbir organisasi juga turut mengikut rentak segelintir pemain pemain demi memastikan poket mereka sentiasa penuh.Ini tidak dapat dinafikan kerana sebenarnya perkara ini telahpun diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.
Contoh yang terdekat dan kes yang terbaru terjadi di Malaysia,dimana seorang rakyat malaysia yang dipukul oleh pelajar warganegara Mesir,seorang yang kaya raya.Kerana duit kes ini tidak dijalankan.Begitu jugalah yang terjadi dalam pasukan negara kita,dimana pasukan lawan yang punyai wang mampu untuk membayar pasukan negara kita,apabila pasukan mereka menentang pasukan negara kita pasti keputusannya kita tewas.Bukan kerana pasukan negara kita ini teruk tetapi pasukan negara kita memiliki ramai pemain yang lebih bagus dari pemain negara lawan.
Mana tidaknya selagi presiden F.A.M dan kuncu kuncu dibawah mengekalkan perjawatan didalam F.A.M kekal maka kita hanya akan melihat paukan negara kita gah didalam arena perlawanan persahabatan antarabangsa,itupun kalau tiada jalang jalang yang menentukan perlawanan persahabatan tersebut. Lagipun pasukan negara selagi dipimpin oleh orang orang yang gilakan duit maka berapa sahaja bajet yang diberi oleh penaja tidak akan cukup menampun kos pembiayaan untuk pasukan pelapis,ataupun pasukan utama negara,contoh yang terdekat menghantar pasukan HARIMAU MUDA A,dimana pasukan ini dihantar ke SLOVAKIA dengan hanya mengadakan perlawanan persahabatan dan tidak melibatkan sebarang mata terhadap pasukan lawan mahupun pasukan sendiri,malah setiap pasukan lawan yang menentang pasukan Harimau Muda A akan dibayar oleh F.A.M bukan itu sahaja segala perbelanjaan penginapan dan makanan,stadium termasuk kenderaan untuk membawa pasukan terpaksa menggunakan wang bukan secara percuma.Inilah peluang individu individu tertentu untuk memakan duit haram yang sepatutnya disalurkan terus ke pihak yang berwajib.
Oleh itu diharapkan rakyat malaysia fikirkanlah sesuatu,bagaimana caranya untuk kita selamatkan duit rakyat daripada terus dimakan oleh individu individu yang tidak bertanggungjawab.

Wednesday, February 24, 2010
BEKAS AHLI MAJLIS KECOH
Seorang bekas ahli majlis tertinggi PAFA kecoh kononnya kenapa tempat duduk vip distadium terdapat ramai orang biasa yang hanya memakai selipar dan seluar pendek.
Yang menjadi persoalannya kini kenapa sewaktu beliau menjadi ahli majlis tertinggi PAFA dulu tidak mengambil peduli perkara sebegini rupa. Walhal kini beliau tidak lagi memiliki apa apa hubungan dengan pihak PAFA ataupun pihak MBI.
Kepada bekas bekas ahli majlis tolonglah jangan jadi kaki penyibuk,buatlah kerja sendiri lagipun anda adalah insan yang sememangnya manusia bertopengkan anak babi.
Yang lebih menghairankan kenapa ada diantara mereka yang masih didalam perjawatan dan yang telah kena buang berseronok sakan,bergembira seperti anak anjing apabila pasukan Perak tewas dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Perak.Persoalannya sekarang adakah diantara mereka ini sebenarnya dalang,jalang dan anak haram jadah yang menyebabkan pengadil perlawanan menjadi seperti mereka.

Tuesday, February 23, 2010
PERKARA YANG BOLEH MENJATUHKAN MARUAH PAFA
Pengawal keselamatan sudah 2 tahun tidak dapat merasai pakaian baru untuk mereka pakai ketika mereka bertugas.Apa sudah jadi dan kenapa perkara sebegini rupa boleh terjadi.Persoalan ini hanya mampu dijawab kepada yang bertanggungjawab.
Untuk pengetahuan sekalian pembaca blog ini, ketika perlawanan yang lepas dimana ketika pasukan Perak menentang skuad dari timur iaitu T-TEAM, dimana salah seorang pegawai dari pasukan T-TEAM telah menyuarakan hasrat mereka dimana pasukan T-TEAM akan menaja pasukan pengawal keselamatan Perak dimana dibaju tersebut akan terpampar logo pasukan T-TEAM.
Pasti perkara ini akan menjadi satu isu yang besar dan akan terpampar disetiap arkhbar tempatan. Pasti ini adalah peluang kepada yang gila kuasa untuk menghentam pengurusan PAFA.

Monday, February 22, 2010
HASIL UNDIAN TERHADAP PASUKAN PERAK
Hasil undian mengenai mampukah pasukan Perak menjuarai sekurang kurangnya satu piala untuk musim 2010,nampaknya hampir 75 peratus mengatakan mampu.
Tetapi kalau dilihat kembali prestasi semasa untuk sepanjang saingan musim ini sehingga perlawanan yang terakhir iaitu ketika pasukan Perak menentang skuad T-Team dimana 15 peratus mengatakan tidak mampu.
Bagaimana perkara sebegini rupa boleh terjadi,sehinggakan antara kita mempunyai satu impian ataupun satu harapan yang berbeza.Mungkinkah disebabkan prestasi pasukan Perak yang kini sudah tidak seperti dahulu,kerap berada di satu tahap yang membingungkan semua penyokong yang menyaksikan pasukan berentap.Bukan itu sahaj malah 4 peratus kurang yakin dengan pemain pemain dan jurulatih yang sedia ada,mungkin ini juga adalah punca paling utama menyebabkan segelintir diantara kita masih lagi kurang pasti untuk terus menyokong pasukan atau tidak.
Apa yang diharapkan oleh penyokong yang masih yakin dan masih lagi mahu terus menyokong pasukan mengharapkan jurulatih terus mengandakan latihan mengenai taktikal dan asas bola sepak kepada pemain pemain agar prestasi yang dimiliki akan terus meningkat.Ada juga yang berpendapat mengharapkan agar jurulatih berfikiran lebih terbuka dimana bijak mengatur strategi perlawanan yang berbeza kerana strategi yang dilakukan oleh jurulatih kini sudah lapuk dan memudahkan pasukan lawan untuk mengetahui kelemahan dalam pasukan Perak.

Subscribe to:
Posts (Atom)