Thursday, March 11, 2010

JANGAN HARAP PASUKAN NEGARA AKAN KE PIALA DUNIA

Tiada faedah langsung menghantar pasukan harimau muda A ke Slovakia kononnya untuk mendedahkan pengalaman kepada pemain pemain muda ini. Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak setuju apa yang diperkatakan oleh pihak kami.

Kalau kita menggali secara mendalam jelas sekali apa sahaja yang dilakukan oleh pihak F.A.M,sebenarnya hanyalah mencukupkan syarat kononnya negara akan kembali kelandasan seperti dahulu kala.Sebenarnya ianya semua berpangkalan dihati dahulu seandainya semua pemain yang dipilih mampu mempersembahkan corak permainan yang bertenaga dan mengerahkan kederat seratus peratus maka Malaysia akan menjadi sebuah pasukan yang teramat disegani dan digeruni di mata dunia.

Masalahnya sekarang ada segelintir pemain pemain yang dipilih telahpun terlibat dengan penentuan keputusan perlawanan,dan segelintir pegawai pegawai yang diberikan amanah untuk mentadbir organisasi juga turut mengikut rentak segelintir pemain pemain demi memastikan poket mereka sentiasa penuh.Ini tidak dapat dinafikan kerana sebenarnya perkara ini telahpun diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.

Contoh yang terdekat dan kes yang terbaru terjadi di Malaysia,dimana seorang rakyat malaysia yang dipukul oleh pelajar warganegara Mesir,seorang yang kaya raya.Kerana duit kes ini tidak dijalankan.Begitu jugalah yang terjadi dalam pasukan negara kita,dimana pasukan lawan yang punyai wang mampu untuk membayar pasukan negara kita,apabila pasukan mereka menentang pasukan negara kita pasti keputusannya kita tewas.Bukan kerana pasukan negara kita ini teruk tetapi pasukan negara kita memiliki ramai pemain yang lebih bagus dari pemain negara lawan.

Mana tidaknya selagi presiden F.A.M dan kuncu kuncu dibawah mengekalkan perjawatan didalam F.A.M kekal maka kita hanya akan melihat paukan negara kita gah didalam arena perlawanan persahabatan antarabangsa,itupun kalau tiada jalang jalang yang menentukan perlawanan persahabatan tersebut. Lagipun pasukan negara selagi dipimpin oleh orang orang yang gilakan duit maka berapa sahaja bajet yang diberi oleh penaja tidak akan cukup menampun kos pembiayaan untuk pasukan pelapis,ataupun pasukan utama negara,contoh yang terdekat menghantar pasukan HARIMAU MUDA A,dimana pasukan ini dihantar ke SLOVAKIA dengan hanya mengadakan perlawanan persahabatan dan tidak melibatkan sebarang mata terhadap pasukan lawan mahupun pasukan sendiri,malah setiap pasukan lawan yang menentang pasukan Harimau Muda A akan dibayar oleh F.A.M bukan itu sahaja segala perbelanjaan penginapan dan makanan,stadium termasuk kenderaan untuk membawa pasukan terpaksa menggunakan wang bukan secara percuma.Inilah peluang individu individu tertentu untuk memakan duit haram yang sepatutnya disalurkan terus ke pihak yang berwajib.

Oleh itu diharapkan rakyat malaysia fikirkanlah sesuatu,bagaimana caranya untuk kita selamatkan duit rakyat daripada terus dimakan oleh individu individu yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment