Monday, April 5, 2010

KENAPA DAN MENGAPA

Pasukan Piala Presiden Perak hanya mampu seri di kuantan ketika bertemu dengan pasukan belasahan iaitu SHAHZAN MUDA. Adat didalam setiap perlawanan dimana akan wujud keputusan tewas,menang ataupun hanya sekadar seri.

Apa yang menghairankan setelah pemain pemain ini menerima gaji yang tertunggak selama 2 bulan serentak pasukan tidak mampu memiliki 3 mata penuh,adakah kerana terlalu letih dengan berpoya poya diluar sana.

Kenapa ketika pemain pemain belum menerima gaji mampu mempamerkan satu mutu persembahan yang bertenaga dan mengapai kemenangan,mungkinkah ketika itu pemain pemain menghadapi kekeringan duit dan tidak berpoya poya lantas kesegaran dipadan mampu dimiliki? Diharapkan pemain pemain muda ini,kembalilah kepangkal jalan dan kembalikan sinar harapan untuk terus mencapai kejayaan.Pasukan telah berikan apa yang anda miliki,tetapi bilakah anda pula untuk memberi apa yang ingin kami penyokong dan pasukan harus miliki

No comments:

Post a Comment