Wednesday, April 21, 2010

SILVER STATE ULTRAS BERBISA

Silver state ultras yang berpengkalan di Ibu Kota adalah sebuah kelab penyokong yang baru telah kembali meriuhkan suasana apabila setelah sekian lamanya penyokong penyokong Perak sepi akibat rentetan perjalanan pasukan dalam saingan liga tempatan.

Kumpulan ini tercetus apabila mereka yang berada didalam kelab harimau malaya teringin melihat dimana pasukan Perak sewajarnya diberi sokongan dengan penuh irama seperti yang diterima oleh skuad Kebangsaan. Mereka bukan sahaja hadir kestadium memberi sokongan malah,perbagai rentak irama dan lagu mereka dendangkan distadium membuatkan jiwa penyokong penyokong yang hadir bersemangat untuk turut memberi sokongan kepada pasukan dengan penuh keriangan. Kalau dilihat mereka telah mewujudkan satu situasi yang telah mereka wujudkan tidak ubah seperti suasana didalam saingan liga di luar negara.

Antara lagu yang popular mereka dendangkan distadium ialah Perak Juara,Ipoh Mali dan Terima Kasih. Apa yang menariknya terhadap Silver State Ultras ialah,ketika perlawanan dimana pasukan ketinggalan jaringan keatas pasukan lawan mereka mereka ini tetap terus ceria dan tidak putus asa memberi satu sorakan yang gemuruh demi menaikkan semangat pemain pemain yang sedang mengharungi perlawanan.

Diharapkan dengan kewujudan kelab ini dan perbagai kelab yang baru demi memartabatkan maruah penyokong negeri Perak diharapkan penyokong penyokong yang sudah lama menyepi turut kembali semula kestadium bersatu demi mengembalikan maruah penyokong yang telahpun tercalar akibat sikap kita sendiri selama ini.

No comments:

Post a Comment