Saturday, July 10, 2010

WAHAI PENGURUSAN PAFA YANG BARU???????

Hari ini sudah 11 julai 2010,pemain dan pegawai PAFA/PERAK yang sepatutnya sudah menerima gaji tetapi pengurusan yang baru ini masih gagal melunaskan gaji yang sepatutnya dibayar dalam tempoh 28 Jun hingga 07 Julai 2010.

Dikhabarkan sepatutnya pengurusan yang baru ini tidak akan wujudnya masalah untuk membayar gaji kerana PAFA telah mendapat wang suntikan dari Kerajaan Negeri Perak.
Tetapi kenapa dan mengapa masalah sedemikian masih lagi wujud.

Takkan masih ada yang ingin mengambil peluang untuk menyalah gunakan wang yang telah disumbangkan oleh kerajaan. Harus diingat wang tersebut muncul sebenarnya wang rakyat.Tolonglah gunakannya kearah yang betul........

Persoalannya sekarang adakah pihak media tempatan mengetahui perkara ini,kerana perkara ini tidak lagi mahu dihebohkan kerana pengurusan PAFA pada kali ini dipimpin oleh warga bendera merah putih,bukan hijau putih.

No comments:

Post a Comment