Monday, July 26, 2010

PAFA MENDERITA.................

Persatuan Bola Sepak Perak dibawah pimpinan sementara Dato Seri Abdullah Hisan,terpaksa mendiamkan diri kerana tiada sumber kewangan untuk membayar gaji dan hutang piutang yang ada,dimana perkara ini akan berterusan sehingga 2 minggu setelah selesainya menyuarat Agung yang akan berjalan pada 7 Ogos 2010 di Heritage Hotel Ipoh.

Difahamkan bahawa secara automatiknya Preiden Pafa akan dimiliki oleh Yb Dato Zainol Padzi iaitu Exco Sukan dan kebudayaan kerajaan Negeri Perak. Itupun seandainya Kerajaan Negri Perak sudi Menaburkan kewangan kedalam Kantong PAFA. Sudah pastinya Dato Seri Abdullah Hisan dan Yb Dato Zainol Padzi tidak mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri kerana sebab sebab tertentu.

Diharapkan pemain pemain dan pegawai pegawai yang layak untuk menerima gaji terpaksa bersabar,berkemungkinan mereka akan menerima gaji mereka kembali 2 minggu selepas tarikh Mesyuarat yang bakal diadakan.

Harap harap penyokong diluar sana ayuh kita penuhkan stadium sekurang kurangnya,duit yang dikeluarkan oleh kita bolehlah bayar gaji mereka didalam pasukan,jangan haraplah duit mereka mereka yang berjawatan di dalam PAFA untuk dikeluarkan demi pasukan.

No comments:

Post a Comment