Thursday, July 15, 2010

ADAKAH INI SATU PERUBAHAN YANG POSITIF

Pasukan Perak akan menginap di Hotel Sunway Selangor jumaat ini,dimana pasukan Perak akan beraksi dalam saingan Liga Super Sabtu ini Di Stadium Paroi Seremban.

Difahamkan pemain pemain akan diberi taklimat dan kata kata semangat oleh Ketua Tukang Masak Hotel tersebut,mungkin nak suruh pemain pemain berhenti main bola dan bekerja sebagai tukang masak............

Berkemungkinan besar pengurusan yang ada sekarang ini,akan membuat satu aktiviti dimana memberi motivasi kepada pemain pemain agar terus bersemangat dan melakarkan kejayaan dalam satu waktu yang sama dimana pemain pemain masih belum menerima gaji....

Apa yang melucukan disini ketika pasukan Perak menjadi pasukan tuan rumah saingan liga super ketika menentang Selangor,dimana perlawanan pertama setelah berehat panjang dan juga buat pertama kali Dato Abdullah Hisan menjadi pemangku Presiden,pemain pemain dijanjikan bonus teramat lumayan seandainya pasukan Perak menang maka satu pasukan termasuk pegawai dan jurulatih akan dibawa terbang ke Indonesia untuk bercuti,,,,,,adakah perkara sebegini rupa akan terlaksana,kerana difahamkan PAFA kini tiada bajet yang mencukupi untuk melaksanakannya.

Bagi pemain pemain bukan itu harapan mereka,harapan mereka ialah gaji dan wang bonus sudah memadai bagi meningkatkan moral dan semangat jati diri masing masing.

Harap harap Pengurusan sementara Pafa ini jagalah kebajikan pemain pemain dan janganlah melakukan perkara yang bodoh seperti yang pernah dilakukan oleh zaman zaman pengurusan 2008.

No comments:

Post a Comment