Thursday, July 4, 2013

PROFESIONALNYA ???????

Kisah seorang pemain dari sebuah pasukan bolasepak dalam kancah saingan Liga Super 2013,dimana kini sedang menjalani kehidupan gantung tak bertali.

Beliau seorang pemain yang jujur dan tidak mahu melibatkan diri dengan gejala hina iaitu gejala rasuah.
Yang menariknya beberapa kali beliau berjaya menggagalkan percaturan bookie,sehinggakan beliau dmaki,dan ditolak kepala oleh penjaga gol kerana waktu beliau berjaya menghalang cubaan dari pihak lawan ,kerana ketika cubaan yang ingin dilakukan oleh pihak lawan waktu itu adalah waktu yang tepat untuk pasukannya memboloskan bola tersebut.

Disebabkan keengganan beliau untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan dan segelintir pemain untuk menentukan keputusan perlawanan,beliau kini digantung kerja,dan gajinya disekat.Sebelum ini bekas jurulatih pasukan tersebut pernah luahkan barisan pemain yang diturunkan dalam perlawanan bukanlah barisan yang dipilihnya tetapi barisan yang dipilih seseorang didalam pasukan,kerana mereka mereka telah membuat percaturan untuk menewaskan pasukan sendiri.

Kini pemain tersebut mendapat halangan dari seseorang yang berkuasa dalam pasukan dimana menghalang beliau dari dipinjam untuk saingan Piala Malaysia.

Apapun tahniah diucapkan kepada pemain tersebut kerana Redha dengan ketentuan Illahi dan berjaya menahan nafsu dari terlibat engan gejala hina itu.

No comments:

Post a Comment