Friday, July 26, 2013

Padang yang terindah dan terjaga

Keadaan Padang Stadium Perak

Kalau dilihat dari mata kasar oleh individu yang kurang bijak mengenai cara cara menyiram rumput atau jumlah liter air yang diperlukan untuk mengekalkan rumput diatas padang ini sentiasa hijau pasti mereka ini akan menjawab,selagi rumput tak hijau selagi keadaan tanah keras siram jangan berhenti.Tapi apa sudah jadi dengan pihak pekerja,pengurusan dan bos yang bertanggungjawab adakah anda semua lebih teruk dari pemalas atau lebih teruk dari anjing dan kucing parsi?

Yang paling lawak sekali,dalam sedang melakukan kerja penyiraman kakitangan pemalas MBI ada hal yang lebih penting sampai tak sempat nak meneruskan tugasan,maka disuruh pulapemain dan pegawai PAFA menyambung tugasan tersebut,tapi bukan itu yang nak dipersoalkan, yang nak dipersoalkan dan diperkatakan berapa tahun sekali korang siram rumput ini.Berapa liter air korang gunakan dalam sesekali aktiviti penyiraman rumput ini,macam mana keadaan padang ini nak elok dan boleh tahan lama kalau pekerja dan pengurusan stadium ini pemalas tahap anjing dan badak sumbu.

Ini baru mengenai kemalasan pengurusan dan pekerja stadium,yang paling melucukan hati sampai nak mati ini,waktu mereka nak ratakan padang,mereka langsung tidak melembabkan tanah,mereka meratakan padang dalam keadaan tanah keras,maka tanah yang mereka ratakan itu sampai mak bapak diorang mati pun belum tentu rata,apa pasal otak otak mereka ini bijak sangat,takkan pegawai yang bertanggungjawab berkelulusan u.p.s. r ataupun sekadar berkelulusan tadika kemas.

Diharapkan pihak pengurusan MAJLIS BANDARAYA IPOH yang tak berkelayakan ini tolong pantau pastikan tugasan yang diberi mengikut saluran dan langkah yang betul agar duit rakyat dapat dijaga dengan rapi,kalau rumput ini rosak nak gantikan dengan yang baru mahal maka duit rakyat akan dibazirkan begitu sahaja,ingat MAJLIS BANDARAYA IPOH jangan membazir kalau membazir tak ubah korang lebih teruk dari syaitan.

No comments:

Post a Comment