Tuesday, July 9, 2013

Pesanan Tanpa Permit

Untuk mengecapi sesuatu kejayaan bukan mudah,hanya dengan usaha dan disiplin mampu untuk kita mengecapinya.

Untuk pengurusan Perak fa,dimana sudah ada desas desus keluhan mengenai prestasi pasukan yang kini sekadar mampu berada di tangga ke 7 dalam saingan Liga Super dan hanya memiliki 29 mata  dari 22 perlawanan.Ianya agak tidak berbaloi kerana pasukan dibarisi bintang bintang Malaya(yang sudah berkarat).
Kalau nak dibandingkan dengan prestasi mata yang dipungut sejak 2009 ini adalah mata yang terendah dikumpul oleh pasukan Perak dalam kancah Liga Super,walaupun perlawanan untuk tahun ini dikurangkan sebanyak 4 perlawanan.

Kesilapan yang jelas telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Perak fa di awal musim ini dimana telah mengugurkan sehingga 13 pemain,bukan itu caranya.sesebuah pasukan itu mampu menjadi mantap dengan hanya mengugurkan beberapa muka yang menjadi penumpang dan mencari pemain yang berkualiti dan memiliki kecergasan yang penuh serta tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius,dengan cara itu ianya mampu untuk mengukuhkan kestabilan pasukan dan meningkatkan keserasian antara pemain yang ada.

Ini tidak pengurusan Perak fa bijak kerana berjaya mengambil pemain pemain yang berada dalam keadaan cedera dan mengambil pemain yang sudah diketahui masalah prestasi mereka.Ini adalah satu langkah menjahanamkan pasukan bukan memajukan pasukan.

Kalau diluar negara pemain yang dipilih akan menjalani ujian kecergasan dan memastikan pemain tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,tetapi di Perak fa lain pula ceritanya,asal ada nama terus ambiltanpa mengira prestasi semasa dan terkini terhadap pemain yang terpilih. Untuk musim hadapan pengurusan Perak fa perlu meneliti kembali prestasi setiap pemain yang ada,gunakan khdmat skuad pemaantau dan buat bancian pemain mana yang perlu digugurkan dan pemain mana yang perlu dikekalkan,gantikan tempat pemain pemain yang digugurkan dengan pemain yang berprestasi tinggi,tidak semestinya mengambil semula pemain pemain anak jati yang berada dipasukan lain,jangan biarkan nasi jadi kanji.

Pengurusan Perak fa boleh naikkan pangkat pemain pemain muda kedalam pasukan Liga super,hentikan untuk mengejar pemain yang ada nama. Contoh dulu kita kenalkah siapa Norshahrul idlan Talaha,Safie salee.
pada hakikatnya mereka adalah pemain pelapis untuk pasukan Perak suatu ketika dahulu,tapi mereka dipinggirkan kini,mampukah untuk pasukan Perak membeli mereka fikir fikirkanlah.kalau tidak tahu bertanya jangan jadi B.O.DOH.....S.O.M.B.O.N.G

No comments:

Post a Comment