Friday, December 9, 2011

MALANG MANCHESTER: SELAMAT DATANG KE LIGA EUROPA







KECUNDANG... reaksi antara barisan Manchester City selepas tamat perlawanan.
CUBA LAGI... Rooney dan rakan sepasukan kempunan dan ulangi skrip 2006.


Tidak seperti musim-musim lepas, dua pasukan berjiran, Manchester City dan Manchester United kecundang di peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah. Skrip berbeza dalam dua perlawanan di Stadium Ettihad dan Stadium St. Jakob-Park. Usaha keras City berjaya menumbangkan gergasi Jerman, Bayern Munich namun kecundang kerana pasukan ditangga kedua, SC Napoli menang keatas Villareal.

Ketika finalis musim lalu, Manchester United terlalu yakin mengutip satu mata di Switzerland untuk layak ke peringkat kalah mati, mereka tersentak menerusi dua gol Basel. Hanya gol saguhati Phil Jones penghujung permainan sebagai pengubat duka. Kini, dua pasukan berjiran ini perlu bersaing bari merebut trofi Liga Europa selepas menghuni tempat ketiga dalam kumpulan masing-masing. Mimpi Ferguson dan Mancini kini hanya tinggal mimpi. Mitos sukar dijadikan realiti.

No comments:

Post a Comment