Friday, December 9, 2011

ADIDAS TANGO 12: BOLA RASMI EURO 2012




Bola Tango 12 bakal menggantikan bola Adidas Jabulani, bola yang digunakan semasa Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dulu, yang pernah dikecam hebat oleh penjaga England David James menggambarkannya sebagai “bola yang paling teruk”.
Daily Mail melaporkan bola ini juga telah diuji oleh beberapa kelab-kelab Eropah, yang dibekalkan oleh Adidas termasuklah Chelsea, Milan, Bayer Munich dan Real Madrid, dalam satu cara mengurangkan jumlah rungutan daripada kelab dan pemain.
16 negara bertanding di Euro 2012, termasuk England, akan dihantar bekalan bola Tango 12 dalam 10 hari yang akan datang bagi membiasakan pemain-pemain dengan bola tango 12 ini.

* Mungkinkah tuah memihak kepada England dengan bola ini?

No comments:

Post a Comment