Friday, December 9, 2011

JERSI AWAY LIVERPOOL TAPI...

JERSI AWAY... Mampukah Liverpool tamatkan kemarau 22 tahun kejuaraan liga dengan jersi ini?



Liverpool Football Club hari ini melancarkan jersi terbaru away pasukan selepas jersi ketiga berwarna hitam dikeluarkan. Jersi ini sebenarnya mengambil inspirasi warna asal kelab yang menggunakan biru dan putih 120 tahun lalu sehinggalah 1964 dimana Billy Shankly menukarkannya kepada merah untuk jersi home.CANTIK... Gabungan warna menarik tetapi sukar penyokong The Reds menerima warna biru!




Nampaknya peminat Liverpool terpaksa menahan muka merah apabila LFC dan Adidas menggunakan warna biru sebagai warna jersi dimana ia mencetuskan kontroversi kerana menggunakan warna biru, sama seperti musuh setempat, Everton. Ada pemerhati bola sepak yang mengganggap dengan menggunakan warna ini ia akan mengganggu moral pemain musim depan. Apa pula pandangan anda?










No comments:

Post a Comment