Tuesday, April 30, 2013

Jangan lupa yer kat pasukan dalam saingan Liga Fam

Asyik utamakan pasukan Liga Perdana dan Liga Super sampai terlupa pulak nak tengok team Wanbro yang dok kat carta bawahan.......per cer


(kredit to Pages Liga Fam)


                       

PADAN MUKA PERAK FA.......

Itulah padahnya kalau pengurusan Perak fa (pafa holding,pafa sport) penaya penaja dan penyokong.
Kalau udah dasar makan duit haram tamak dan jahil dalam pengurusan inilah balasannya.

Denda dari F.A.M yang bakal diterima oleh Perak fa gara gara penyokong adalah yang paling menarik diperkatakan disetiap bibir bibir penyokong yang panas hati dengan tindakan sebelum sebelum ini oleh Perak fa.

Yang lebih menarik ada yang melaksanakan solat syukur kerana pafa bakal dikenakan tindakan oleh Pesatuan syok syok balasepak malaysia.kalau dari awal Pafa dan MBI membuat keputusan dengan pantas melaksanakan kerja penambahbaikkan lampu limpah stadium dari sebelum saingan bermula perkara sedemikian tidak akan berlaku....wei kome pikio la stadium lumut tuer udahla pagornyer rendah parit pun takdak senang jer orang nak melangkah masuk ke dalam padang baik dari atas pagor tengah pagor mahupun bawah pago.....kasi budak baru belajo merangkak pun boley terlopeih masuk padang.....

ginilah cergiternyer,kome juei jer jersi kappa tuer banyak banyak untungnyer pi bayo jerla denda yer......udah la harga jersi mahei melambong udah ghuper mael lambong.....aku doakan kome kome dalam pafa tuer sedorkan diri bawak betobat dan pulang ke pangkal jalan....ingat kubur kata dah dekat ghumah kata dah nak jauh........jangan dok sibuk ngumpui harta dunia...perbanyakkan usaha cari harta akhirat....

Sunday, March 31, 2013

PAFA DAN ISRAEL SAMA SAJA


Aziz Yeop Jamaluddin iaitu SU PAFA kata akan terminated UMBRO n pakai LOTTO atau jenama yang lain pada second round liga super nanti... alasan

1) pasal UMBRO x hantaq jersi2 yang bnyk2 tu kepada PAFA...
2) pasai UMBRO dah mula edarkan pada kedai2 dan peminat2...

apa punya "hati kaudo" la PAFA ni? apa masalahnya sampai peminat pun x boleh nak beli dan apa alasan PAFA nk jersi banyak2? Yang hangpa nak tapau semua jersi2 tu pasai apa... nak bagi free kat anak bini n saudara mara pasai hangpa x mampu nak beli ka apa? Player liga super n piala presiden ada berapa orang utk satu skuad? klu sorg 2 set home 2 set away 2 set third pun baru berapa ratus helai? yang PAFA nak semua tu pasai apa? UMBRO pun nak jugak meniaga bukan sponsor saja2 tanpa dapat pulangan.... xdak ka puak2 PAFA yang bangang nak cuba bagi penjelasan kat sini? jangan la buat2 pandai tapi sebenaqnya menampakkan kebodohan dan busuk hati hangpa.... management team besaq2 dalam arena bolasepak dunia pun x buat macam PAFA buat la... kepada Dato Zainol Fadzi &DATO’ DR. ZAMBRY ABD. KADIR sila la siasat management dalaman PAFA yang semakin lama semakin mengarut ni.... Jangan dok dengaq saja kata depa tanpa pemerhatian...

Tuesday, March 26, 2013

PALESTIN LEBIH GAGAH

Skuad Rajagopal sekali lagi mengulangi kejayaan tewas dalam perlawanan persahabatan walaupun kali ini adalah perlawanan amal.


Tidak sewajarnya barisan pemain Harimau malaya memperaga aksi sedemikian kerana beraksi dilaman sendiri,Faktor cuaca,keamanan,jadual perlawanan dan kelengkapan tempat serta keperluan peralatan untuk diguna pakai dalam sesi latihan jauh lebih jelas Malaysia memiliki kelebihan berbanding Palestin. Bukan kecewa sebab tewas tapi kecewa sebab mutu permainan dan mutu asas permainan bolsepak barisan pemain negara lebh teruk dan mundur berbanding barisan pemain Palestin.

Barisan pemain tengah sememangnya gagal menjadi nadi setiap gerakan pasukan,jentera tengah pasukan negara turut gagal membantu pemain penyerang untuk menjaringkan gol.Letaklah penyerang terbaik dunia sekalipun sekiranya bahagian tengah dan sayap gagal membantu dan melakukan hantaran kemas dan tepat kepada penyerang agak mustahil akan terlaksana jaringan.

Pemain pemain seolah olah tidak tahu tugasan masing masing,dari segi pergerakan untuk menyerang dan bertahan,seringkali melakukan tindakan yang tidak masuk akal,serta gagal melakukan cubaan tepat kearah gol. Pertikaian terhadap Rajagopal.kata sudah kenal pemain pemainnya,tapi kenapa masih gagal melaksanakan satu taktikal yang mampu untuk dipikul dan digalas pemain pemainnya,antaranya perlukan corak pemainan yang baru seperti melakukan hantaran hantaran pendek dan jarak antara pemain pemain jangan terlalu jauh kerana apa yang dilihat dari mata kasar ini pemain pemain kebangsaan tidak memiliki kekuatan larian dan hantaran yang kurang tepat.


Wednesday, February 6, 2013

CERITA PANAS DISEBALIK KEGEMBIRAAN

Tahniah diucapkan satu satunya Kelab yang tidak berada dibawah naungan Pafa Telah berjaya melaksanakan Agm untuk kali Kedua ditempat yang sama pernah dilaksanakan sebelum ini iaitu didewan  Jabatan Belia dan Sukan negeri Perak.

Malah Kelab Seladang turut berjaya memiliki ahli dengan begitu ramai,dan jemputan VIP serta VVIP yang boleh dikatakan agak membanggakan termasuk setiausaha Pafa En Abdul Aziz.

Tapi yang kurang menariknya,ketika En Abdul Aziz diberi peluang untuk membuat ucapan sepatah dua kata beliau lebih mengutamakan dimana mempromosikan mengenai PAFA FAN CLUB dan menceritakan tentang PAFA HOLDING SDN BHD. ini membuatkan hampir kesemua yang hadir pada majlis itu amat tidak senang dengan berjuta juta patah kata yang di terangkan  oleh En Abdul Aziz.

Mana tidaknya,itu adalah majlis Kelab Seladang, dan yang berada didalam Kelab itu tidak mahupun mengetahui dengan perbagai berita mengenai Pafa fan club,dan tidak mahu mengambil tahupun mengenai Pafa holding sdn bhd........Sudahlah hadir ke majlis orang tak perlulah bercerita mengenai perkara lain dengan terlalu mendalam dan panjang lebar,hampir seratus peratus,ahli ahli kelab tersebut tidak teringinpun untuk berada didalam atau di bawah pimpinan Pafa fan club,mana tidaknya dalam masa yang sama akan bergabung dengan kelab Jamil............

Perbagai juga persoalan yang tertimbul di lubok muka bumi perak,kalau hebat sangat Pafa fan club kenapa dan mengapa setiap kali perlawanan pasukan Perak diluar Perak tiada satu aktivitipun yang dibuat oleh Pafa fan club iaitu rombongan untuk penyokong tambah tambah pula ker larkin sebelum ini.

Fikir fikirkanlah yer...... adakah kelab yang berada dibawah naungan Pafa fan club akan terpaksa mengunci peti suara ataupun terpaksa mendiamkan diri seandainya Pafa melakukan sesuatu perkara yang tidak elok???

Tuesday, January 29, 2013

Jadual Liga F.A.M 2013





PAFA tiada kuasa


Ipoh: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) tiada kuasa dalam kerja pembaikan terhadap Stadium Perak.
Begitulah jelas Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengenai rungutan peminat Seladang berikutan kelewatan kerja-kerja meningkatkan pencahayaan di stadium itu yang hingga kini masih belum bermula.

“Saya perlu jelaskan, Stadium Perak bukan milik PAFA. Ia di bawah selenggaraan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
“Justeru PAFA tidak boleh berbuat apa-apa kecuali berharap MBI menyegerakan kerja di stadium agar dapat digunakan pada April,” katanya.

Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri membuat penjelasan itu berikutan PAFA disalahkan peminat atas kelewatan yang berlaku termasuk menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut Zainol selaku Exco bertanggungjawab, beliau berjaya mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan kerja meningkatkan cahaya serta menaik taraf kemudahan asas di stadium itu.
“Apabila MBI memberitahu tiada dana, kerajaan negeri setuju membiayai kos melaksanakan kerja.

“Sepatutnya tidak ada masalah untuk memulakan kerja tapi hingga kini ia belum dimulakan.
“Mungkin ada prosedur dan peraturan kewangan yang perlu dipatuhi bagi mengelak berlaku tohmahan dan dakwaan terhadap pemberian tender kepada kontraktor.

“Apapun saya harap peminat bersabar. Seperti mereka PAFA juga mahu perlawanan Liga M diadakan semula di Stadium Perak dengan segera.” Berikutan penutupan stadium selama tiga bulan, semua lima perlawanan pusingan pertama Perak di tempat sendiri diadakan di Stadium TLDM, Lumut.

Namun dengan kelewatan kerja membaiki stadium itu kemungkinan Perak terpaksa terus menjadikan stadium di dalam pangkalan tentera laut itu sebagai gelanggangnya.
Petikan Dari Harian Metro