Friday, December 9, 2011

JERSI AWAY LIVERPOOL TAPI...

JERSI AWAY... Mampukah Liverpool tamatkan kemarau 22 tahun kejuaraan liga dengan jersi ini?



Liverpool Football Club hari ini melancarkan jersi terbaru away pasukan selepas jersi ketiga berwarna hitam dikeluarkan. Jersi ini sebenarnya mengambil inspirasi warna asal kelab yang menggunakan biru dan putih 120 tahun lalu sehinggalah 1964 dimana Billy Shankly menukarkannya kepada merah untuk jersi home.CANTIK... Gabungan warna menarik tetapi sukar penyokong The Reds menerima warna biru!




Nampaknya peminat Liverpool terpaksa menahan muka merah apabila LFC dan Adidas menggunakan warna biru sebagai warna jersi dimana ia mencetuskan kontroversi kerana menggunakan warna biru, sama seperti musuh setempat, Everton. Ada pemerhati bola sepak yang mengganggap dengan menggunakan warna ini ia akan mengganggu moral pemain musim depan. Apa pula pandangan anda?










ADIDAS TANGO 12: BOLA RASMI EURO 2012




Bola Tango 12 bakal menggantikan bola Adidas Jabulani, bola yang digunakan semasa Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dulu, yang pernah dikecam hebat oleh penjaga England David James menggambarkannya sebagai “bola yang paling teruk”.
Daily Mail melaporkan bola ini juga telah diuji oleh beberapa kelab-kelab Eropah, yang dibekalkan oleh Adidas termasuklah Chelsea, Milan, Bayer Munich dan Real Madrid, dalam satu cara mengurangkan jumlah rungutan daripada kelab dan pemain.
16 negara bertanding di Euro 2012, termasuk England, akan dihantar bekalan bola Tango 12 dalam 10 hari yang akan datang bagi membiasakan pemain-pemain dengan bola tango 12 ini.

* Mungkinkah tuah memihak kepada England dengan bola ini?

Sunday, November 13, 2011

PAFA Harga tiket naik 12 peratus musim 2012

Musim hadapan penonton dan penyokong bola sepak perak akan membayar harga tiket yang baru kerana kenaikan yang baru ini boleh lagi diangap masih murah berbanding ditempat yang lain.

mungkin penyokong dan penonton yang hadir tidak berapa kisah sangat dengan kenaikan harga tersebut ditambah pula terpaksa membayar tempat meletak kenderaan kepada pihak berwajib.
namun persoalannya kini yang sedang hangat diperkatakan iaitu, mampukah PAFA dan MBI memberi kepuasan maksimum terhadap wang yang terpaksa dikeluarkan oleh mereka mereka yang bakal hadir kestadium nanti.

Kepuasan yang dimaksudkan keadaan kebersihan dan keindahan stadium IPOH,seperti pagar yang berkarat dicat semula,tempat duduk yang kotor dan melekit lekit dicuci dan dibersihkan, keadaan tandas yang amat menjijikkan hendaklah sentiasa dijaga dan dibasuh agar ianya akan sentiasa berada didalam keadaan yang baik. ini tidak bukan sahaja berbau hancing dan busuk,malahan lampu tandas juga tidak berfungsi. Tempat bersolat juga tidak langsung selesa. Berbaloikah dengan harga tiket untuk musim hadapan dengan kemudahan yang disediakan tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Cuba kita contohi di stadium Pahang, tandas sentiasa akan dibasuh dan dijaga kebersihannya namun seitap individu yang ingin menggunakan tandas perlu membayar 20 sen setiap kali masuk. tetapi tempat meletak kenderaan tidaklah perlu dikenakan sebarang bayaran.

distadium shah alam, tempat meletak kenderaan dan tandas tidak dikenakan sebarang pembayaran namun keadaan tandas tetap berada ditahap yang memuaskan dan tidak memiliki kekaratan ataupun kekotoran ditempat duduk walapun harga tiket mencecah rm 15.

distadium paroi,tempat meletak kenderaan dan tandas tida perlu dikenakan pembayaran,tetapi keadaan stadium bersih keadaan tandas memuaskan,lampu tandas berfungsi dengan baik ,keadaan dalam tandas bersih.

dan juga stadium darul aman,keadaan tandas sentiasa memuaskan tempat duduk yang bersih keadaan stadium taklah sehancur stadium ipoh, juga tidak mengenakan sebarang pembayaran baik tempat meletak kenderaan ataupun tandas,malah keadaan padang memuasan tidak botak di sana sini, tidak berkarat.walaupun disana memiliki tiga harga tiket yang berlainan iaitu rm 7,rm 12 dan rm 15.

Harapan kami kepada PAFA dan MBI,pastikan sebelum harga tiket naik,kemudahan harus juga diberi peningkatan.......jangan pula pihak media bertali arus mengeluarkan berita mengenai aduan rakyat.

Saturday, October 15, 2011

P.A.F.A DAN POLIS PERAK SIAPA YANG BANGSAT

Aku agak kecewa untuk dimusim ini musim 2011.Bukan kecewa dengan prestasi pasukan tapi kecewa dengan sikap dingin PAFA dan POLIS terhadap kumpulan penyokong yang extreme iaitu Silvermania atau lebih sinonim Silver State Ultras.

Walhal ketika pasukan Perak diambang kejatuhan dalam kancah penghinaan dimusim 2009 dan 2010,Kumpulan tersebut tidak pernah melepaskan peluang dimana saja lokasi untuk menyokong dengan penuh kesetiaan terhadap pasukan Bola Sepak Perak.Ketika itu suasana distadium Perak Khususnya sunyi sepi tanpa kelibat seekorpun warga Polis Perak,Warga F.R.U Perak mahupun kumpulan anjing Rela untuk mengawal seluruh Stadium Perak.

Apa yang lebih menyayatkan hati perkataan yang dikeluarkan dari suara Presiden PAFA S.S.U adalah kumpulan penyokong yang ganas dan kumpulan penyokong yang tidak beradap....wah sedap jer mulut dia yer..........Mengapakah ianya boleh dianggap sebegitu rupa. adakah kerana nyanyian yang dicipta oleh pencipta pencipta lirik berbentuk penghinaan yang terlalu mendalam....padahal mereka mereka yang hadir kestadium sambil duduk,makan burger,minum air sambil membaling objek kedalam padang,mengeluarkan perkataan perkataan mencarut adakah golongan ini golongan yang beradap,bersopan santun dan berjiwa murni. OH PAFA fikirkanlah ianya dengan penuh keikhlasan.

Apa yang lebih mendatangkan kemarahan,apabila pasukan Polis Perak membuat sekatan seperti kawasan rusuhan dimana,binatang binatang yang beruniform Polis berbaris menutup ruang yang ada agar perjalanan kumpulan penyokong Silverstate ultras tidak dapat terus kehadapan sambil menyanyi dengan lagu semangat untuk pemain pemain,sekatan dibuat seolah olah kumpulan ini sedang melakukan jenayah dan boleh mengancam keselamatan warga ipoh mahupun warga pelawat yang hadir kestadium.

Wahai PAFA dan POLIS PERAK pernahkah korang dengar sepanjang musim 2009 hingga ke saat ini kumpulan penyokong tersebut melakukan rusuhan sehingga mendatangkan kematian,kecederaan terhadap orang lain ataupun melakukan perkara yang boleh merosakkan harta benda disekeliling......Pernahkah warga warga didalam kumpulan tersebut melakukan pergaduhan yang mampu menyusahkan anjing anjing didalam PAFA MAHUPUN POLIS.

Salahkah warga kumpulan penyokong tersebut mengeluarkan kata kata didalam nyanyian mereka seperti F.A.M bangsat, F.A.M anjing.....bagi aku ianya tidaklah keterlaluan dari mengeluarkan perkataan P*****K, P****T.Adakah PAFA cuba menjauhkan kumpulan ini dari mendekati pemain kesayangan mereka.

Bagi aku PAFA,POLIS dan FAM sama saja..........pentingkan diri sendiri dan kroni masing masing.........bagi pendapat orang lain aku tak peduli.

Sunday, September 11, 2011

Bualan hangat distadium Perak..........

Perlawanan Piala Malaysia Yang kedua Dipusingan yang pertama iaitu Perak menentang Skuad Jengking(Johor FA) semalam yang juga mendapat liputan secara langsung dari Astro Arena.

Perlawanan yang penuh dengan dramatik dan kontroversi dengan beberapa keputusan pengadil termasuk tidak memberi sebarang kad kuning ataupun merah kepada pemain Johor,walaupun ianya seharus diberikan kepada pemain.

Apa yang menjadikan ianya perbualan yang hangat diperkatakan disetiap bibir penyokong dan penonton yang hadir,pemain lawan iaitu dari skuad Johor membentes pemain tuan rumah dengan kasar tidak diberikan kad kuning walhal pemain yang sama melakukannya,malah apabila pemain tuan rumah iaitu dari pasukan Perak,hanya mengasari pemain lawan sekali terus dilayangkan kad kuning tanpa sebarang amaran lisan,adakah itu satu taktik untuk menjahanamkan terus pasukan Perak dalam saingan kancah Piala Malaysia atau lebih dikenali piala syok sendiri FAM.

Apa yang lebih menghangatkan suasana stadium ditambah dengan cuaca yang boleh dikatakan panas kerana hujan yang turun terlalu singkat masanya,penjaga gol pasukan Johor menarik kaki pemain pasukan Perak didalam kotak penalti,menyentuh tubuh pengadil,memaki pengadil dan mengamuk tidak langsung diberi sebarang tindakan dari pengadil yang bertugas,malah hanya sekadar mengugut untuk melayangkan kad.Apakah wajar dengan tindakan tersebut.

Apakah pengadil yang ditugaskan pada perlawanan kali ini hanya untuk menyakitkan hati sekalian penduduk disitu atau sengaja menjatuhkan maruah diri sendiri.

Persoalannya kini apakah akan ada tindakan susulan dari pihak yang bijaksana terhadap pemain terbabit.atau FAM hanya akan membisu selama lamanya.

Monday, August 15, 2011

JADUAL SEPANJANG SAINGAN PIALA MALAYSIA 2011

JADUAL PIALA MALAYSIA 2011

6 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Johor vs Kedah | Sabah vs Perak
KUMP B -> Sime Darby vs Terengganu | PKNS vs N.Sembilan
KUMP C -> Sarawak vs Kelantan | Felda vs Johor FC
KUMP D -> PDRM vs Selangor | K.Lumpur vs T-Team

10 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Sabah | Perak vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | T-Team vs PDRM

13 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Perak vs Kedah | Johor vs Sabah
KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS
KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vs Felda Utd
KUMP D -> T-Team vs Selangor | PDRM vs K.Lumpur

17 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah
KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS
KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Johor FC vs Felda
KUMP D -> Selangor vs PDRM | T-Team vs K.Lumpur

24 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak
KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan
KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan | Sarawak vs Johor FC
KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | PDRM vs T-Team


27 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Perak | Sabah vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | PKNS vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Johor FC | Felda Utd vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM

*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)
1 - D2 vs A1, A1 vs D2
2 - C2 vs B1, B1 vs C2
3 - B2 vs C1, C1 vs B2
4 - A2 vs D1, D1 vs A2

SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)
5 - Pemenang 1 vs Pemenang 3, Pemenang 3 vs Pemenang 1
6 - Pemenang 2 vs Pemenang 4, Pemenang 4 vs Pemenang 2

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)
Pemenang 5 vs Pemenang 6

Saturday, August 6, 2011

Selepas Undian Untuk Saingan Piala Malaysia 2011


Perlawanan liga bolasepak Malaysia untuk merebut takhta Kejuaraan Piala Malaysia musim 2011. Sebanyak 16 pasukan yang akan bertanding dibahagikan kepada empat kumpulan. Saingan dijadualkan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri bermula pada 6 September hingga ke final 29 Oktober nanti.

KUMPULAN A:

Kedah
Perak
Sabah
Johor

KUMPULAN B:

Terengganu
Negeri Sembilan
PKNS FC
Sime Darby

KUMPULAN C:

Kelantan
Johor FC
Felda United FC
Sarawak

KUMPULAN D:

Selangor
T-Team FC
Kuala Lumpur
PDRM

Jadual peringkat kumpulan pusingan pertama pada 6, 10 dan 13 September 2011.
Pusingan kedua pada 17, 24 dan 27 September 2011.
Suku akhir pada 4 dan 8 Oktober 2011.
Separuh akhir pada 14 dan 22 Oktober 2011
Perlawanan akhir pada 29 Oktober 2011.

- Jadual lengkap perlawanan secara timbal balik akan dikemaskini nanti dari semasa ke semasa.
- 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke peringkat suku akhir.