Wednesday, October 24, 2012

Tiada lagi KTM untuk Pafa musim depan

Kalau musim lepas KTM menaja pergerakan untuk pasukan Perak kearah selatan secara percuma dan perjalanan istimewa serta makan dan minuman ditanggung oleh KTM tapi musim hadapan sudah tidak lagi,bukan sebab faktor kerugian tetapi disebabkan faktor tidak mendatangkan  faedah.

Persengketaan ini tercetus apabila tiada kerjasama yang diberikan oleh Pafa terhadap pihak penaja.antara yang menjadi kehangatan Pafa tidak sanggup untuk menanggung kos membuat papan tanda yang tertera distadium mahupun meletakkan logo Ktm di jersi pasukan,malah pihak Pafa menyuruh pihak KTM menanggung kos dan membuatnya sendiri.

Walhal seperti yang telah dikhabarkan sebelum ini kos KTM untuk menaja secara tidak langsung terhadap pasukan mencecah RM 200 ribu.isu ini timbul setlah logo Perak aman jaya ditampal secara besar dibahagian hadapan jersi pasukan,pada hakikatnya berapa duit sangat yang diberikan kepada pasukan,Arwana sebuah bas persiaran yang ditaja untuk pasukan,pada hakikatnya gaji pemandu ditanggung oleh PAFA...

Sekiranya sikap sebegini rupa diteruskan penaja penaja diluar sana tidak sudi menjenguk untuk menaja PAFA bukan disebabkan orang politik didalam Pafa tetapi sikap pengurusan seperti budak sekolah khas.


No comments:

Post a Comment