Tuesday, July 26, 2011

F.A.M BAWA BALA PETAKA

Satu persatu bala yang diberikan oleh F.A.M kepada seluruh penyokong bola sepak Perak.
Perbagai hukuman yang dikenakan keatas pasukan dan pemain pemain Perak.
Apa lagi akan berlaku selepas ini itulah persoalan yang keluar dari bibir dan suara suara orang Perak.......

Aku tertarik dengan kata kata Rizal Hashim ketika menemuramah setiausah kehormat FAM
adakah FAM hanya menjaga pasukan emas mereka,menajtuhkan hukuman disebabkan muslihat tertentu,menabur pasir kedalam periuk nasi mereka mereka yang tertentu...tapi semua soalan yang diajukan tidak dapat dijawap dengan tepat oleh beliau...jelas dan nyata pasukan Perak dan beberapa pasukan dalam liga malaysia bagaikan anak angkat sahaja dan beberapa pasukan tertentu dijaga bagaikan anak kandung.Adilkah FAM..............Malah FAM hanya mahu mendengar perkara dari sebelah pihak sahaja dan mengabaikan hingga terus menjatuhkan hukuman kepada persalah yang sememangnya tidak bersalah....

FAM hanya tahu menjatuhkan hukuman,cuba mereka mereka itu berada ditempat penyokong,pemain ataupun pengurusan pasukan apakah sebenarnya masalah yang sebenar dihadapi.ini tidak mereka tidak mengkaji sedalam dalamnya dan tidak berfikir dengan akal yang telah dikurniakan oleh yang maha kuasa.

Isu ini harus dibangkitkan oleh pihak persatuan dengan secara lebih serius.Kalau setakat nak gunakan surat rasmi tidak berbaloi.kalau setakat sebuah pasukan sahaja tidak berguna.Kesemua pasukan yang terlibat dengan penganiayaan oleh FAM harus bersatu dengan memboikot dan terus keluar dari menjadi sekutu lakhanat FAM dan gunakan media dengan menghentam FAM sehebat hebatnya.Janganlah hanya berani dengan berkata kata dibelakang,ianaya takkan pergi kemana. Perkara sedemikian biar seluruh dunia tahu dan perkara ini mampu menjatuhkan martabat PEMERINTAHAN FAM YANG JAHANAM.

Tubuhkan sahaja liga yang baru,dibawah struktur persatuan bola sepak yang baru. Abaikan sahaja undang undang yang tak berguna dalam FAM. Aku yakin kata kataku nie akan dianggap tidak masuk akal,tapi itu sahaja jalan untuk mengubah dan menyingkirkan israel israel yang ada didalam FAM.kalau tidak perkara ini akan terus berlaku sehingga ke penghujung zaman,tiada penyudah yang akan dicapai.

Perkara terbaru,5 pemain Perak di gantung sehingga ke 7 perlawanan iaitu sepanjang perlawanan dalam saingan PIALA MALAYSIA. kenapa kenapa kenapa.Kalau kita dimalaysia menghentam kekejaman zionis israel dan Amerika syarikat bagi aku kekejaman yang dilaksanakan oleh FAM lebih teruk dari itu malah lebih teruk dari syaitan dan iblis.

Kononnya pemimpin didalam FAM sultan maka orang lain tidak boleh mempertikaikan kewibawaan FAM,boleh jalanlah,wibawa macam iblis ada menghancurkan pemikiran orang keliling serta seluruh warga dunia.Aku harap kesemua pasukan yang dianiaya wajip membuat satu reformasi demi keadilan.

No comments:

Post a Comment