Saturday, November 27, 2010

Siapakah punya angkara

Ketua Jurulatih yang telah dilantik oleh pihak pengurusan PAFA kini iaitu Norizan Bakar atau lebih dikenali Cikgu Jan........

Tidak kiralah siapapun yang ingin dilantik tapi masalah hari ini yang dapat dilihat dengan jelas dimana layakkah Cikgu Jan dilantik menjadi ketua jurulatih PAFA dair segi undang undang Persatuan Bola Sepak Perak dan Malaysia.Kenapa dan mengapa persoalan sebeginirupa timbul,ianya kerana Ketua Jurulatih Pasukan Perak Iaitu Raja Azlan Shah yang masih lagi mempunyai kontrak sehingga penghujung musim 2011.Apa yang telah kami ketahui dengan lebih lanjut,Kontrak Raja Azlan membolehkan beliau kekal menjadi jurulatih pasukan sehingga tamatnya musim 2011 dan beliau tidak boleh ditukarkan kemana mana bahagian iaitu cara halus untuk menyingkirkan beliau dengan sesuka hati, contoh meletakkan beliau ke jawatan yang lain dan diturunkan gaji sesuka hati.

Difahamkan juga dimana F.A.M tidak akan menerima apa apa jua rundingan dan rayuan untuk memberi ruang kepada PAFA mendaftar Cikgu Jan sebagai ketua jurulatih pasukan yang baru kecuali, Raja Azlan dipecat atau disingkirkan dengan syarat PAFA wajib membayar gajinya untuk satu tahun dan menamatkan kontraknya serta merta......

Siapakah yang bertanggungjawap dalam masalah ini.......seandainya perkara ini boleh memusnahkan pasukan individu yang bertanggungjawab harus dipecat serta merta.

No comments:

Post a Comment