Saturday, May 29, 2010

LAGENDA SELANGOR MEMALUKAN

Semalam 28 mei 2010 dimana seluruh rakyat negeri Perak terutamanya dan seluruh rakyat Malaysia dapat melihat kembali aksi bekas bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negara dan negeri.Ucapan terima kasih harus di hulurkan kepada RTM dan KERAJAAN NEGERI PERAK kerana sedang berusaha untuk mengembalikan semangat kesukanan disetiap jiwa yang ada di muka bimi ini.

Tapi begitu sayang sekali dalam keriangan dan keseronokan pihak lagenda Selangor telah membuatkan seluruh rakyat negeri Perak kecewa,mungkin ada yang tertanya tanya kenapa,mengapa dan siapa yang menyebabkan kekecewaan tercetus,PASUKAN LAGENDA SELANGOR tidak mengizinkan pemain terhandal MALAYSIA DAN PERAK disuatu ketika dahulu iaitu AZIZUL ABU HANIFFAH tidak boleh sama sekali beraksi untuk PIALA PERAK. ini sebenarnya juga adalah satu penghinaan yang teramat besar untuk rakyat negeri Perak.

Dengan alasan pemain tersebut adalah bekas pemain yang terlibat dalam penentuan perlawanan, pihak kami berani mengatakan seratus peratus pemain pemain yang beraksi pada malam tersebut juga adalah bekas pemain yang juga turut terlibat dalam penentuan perlawanan. Mengapa perkara sedemikian harus terjadi,adakah Pasukan selangor malu atau takut akan mengalami kekalahan yang teramat besar....mungkin 10-0 atau lebih.

Apa yang mengembirakan kami disini walaupun tanpa kelibat AZIZUL ABU HANIFFAH(bekas pemain tengah terbaik Malaysia) pasukan Selangor tetap tewas,ini membuktikan bahawa pasukan Selangor hanya gah pada nama bukan pada kualiti.

No comments:

Post a Comment