Saturday, May 18, 2013

TAHNIAH PENGURUSAN PERAK FA

Kekalahan keatas skuad Terengganu membuatkan maruah anak Perak kini berada jauh kebawah....jangan sampai jatuh ke lubang najis udahlah.Stadium Perak menjadi saksi kekalahan yang tak boleh diterima tambahan pulak dengan keadaan screen yang betul betul memalukan teringat pula masa pilihanraya B.L.A.C.K.O.U.T.......

Aku tak mahu dengar alasan pasukan memiliki kesukaran kerana faktor pemain yang sedang bergelut dengan kecederaan dan pengantungan kerana kutipan kad kuning dan merah,itu bukan alasan profesional.sepatutnya sebelum saingan bermula pengurusan kene pilih pemain berkualiti untuk satu pasukan bukan hanya untuk kesebelasan utama,sangat sangat jelas dimana pengurusan PERAK FA tak ubah macam budak lembab yang tak tahu nak berfikir,mungkin diorang nie pandai berfikir tapi berfikir untuk memenuhkan duit dalam poket sendiri tak kira yang halal ataupun yang haram dasar haram jadah.

Yang menjadi persoalannya,kenapa pengurusan Perak Fa yang memiliki otak bergeliga tapi gemar sangat memilih barisan pemain yang sedang bertarung untuk pulih dari kecederaan antaranya Chanturu bekas pemain kelantan anak kelahiran Pulau Pinang dan Rsurendren pemain pinjaman dari pasukan Atm anak kelahiran perak Thiru bekas pemain Kedah. Adakah sebab mereka ini ada nama yang gah tanpa pelu menilai kesihatan dan prestasi mereka.yang menariknya bukan setakat ambil pemain yang sedang memiliki keupayaan kecederaan berpanjangan malah sangatlah hebat kerana gemar ambil pemain yang ada nama,tiada sebarang kecederaan tapi pemain yang sedang merudum prestasi mereka seperti Kuang Yong,Hadi Yahya,Azlan Ismail dan yang menarik ada yang tak main langsung macam bekas penjaga gol JFC kini JDT jibril nama udah macam malaikat???????

Walaupun demi kekalahan yang diperolehi oleh Pasukan Perak walaupun pada hakikatnya amat perit untuk ditelan oleh setiap penyokong dan peminat,tapi masih lagi disambut dengan baik oleh Perak fa News,Seladang Fan Club,Kelab Peminat Kelab jamil,Kelab perak fa dan Silver state ultras,apa nak buat semua kelab dan Website yang ada telah diberi duit rasuah ada yang terima RM4K RM7K dan yang menariknya laman web Perak fa news turut diibayar,ini melambangkan gejala rasuah bukan sahaja terlibat dari barisan pemain tapi telahpun pengurusan Perak fa melibatkan diri dengan aktif dalam gejala tak bermoral ini.maka secara automatiknya mereka mereka ini tak ubah seperti menjadi pak turut dan tak mampu untuk bersuara lebih lebih.....

Sepanjang pengurusan PAFA diambil alih oleh jenol basi dan wan bro rabun dari tangan Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar mantan MB Perak dan Ustaz Hazli mantan pengurus Perak Fa jelas mereka hanya menumpukan untuk duit sahaja antaranya tertubuh Pafa holding sial dan pafa sports bangsat,tapi untuk memartabatkan bolasepak Perak jelas makin menurun kebawah.

Pasukan Perak fa juga berjaya menjadi pasukan Pertama dalam dunia dimana menukar jenama jersi Umro di pusingan Pertama dan Kappa di pusingan kedua tapi kemenangan sukar juga untuk dicapai apa kejadahnya wanbro rabun dan jenol basi tak sedo diri.

Malah seandainya pasukan Perak selepas ini tewas lagi maka kepada orang orang Perak maka kita boleh lupakan terus impian untuk Pasukan kecapi kejayaan untuk menempah tiket secara auotomatik untuk beraksi  dalam kancah Piala Malaysia 2013 dan kesemua penonton yang ingin menyaksikan pasukan beraksi pada tahun 2014 pada hari jumaat sebab apa? sebab akan beraksi dalam kancah Liga perdana,dan jenol basi akan menjadi presiden pasukan Perak yang pertama membawa kejayaan pasukan Perak turut darjat dari beraksi liga super divisen1 ke liga perdana divisen 2.maka itu mengharapkan kerajaan negeri dibawah zamri kadir mamak bolehlah menempah satu slot dalam buku rekod dunia untuk kejayaan ini.