Sunday, December 16, 2012

Habis Madu Sepah Dibuang


Pafa boleh diibaratkan seperti haiwan yang kepanasan akibat ketamakan untuk menjamah semua tulang yang ada di jalanan.

Ketika diera zaman kegelapan pasukan Bola Sepak Perak........... dua kumpulan penyokong pasukan Bolasepak Perak ditubuhkan pada tahun yang sama setelah sebuah kelab peminat menghilangkan diri secara tiba tiba. tanpa khabar berita.Ketika itulah mereka mereka ini bertungkus lumus menarik perhatian semula seluruh warga Perak untuk kembali kestadium memberi sokongan kepada anak anak Perak yang sedang berusaha keras ditengah padang dari terus kecundang..Malah ketika itu pihak media cetak mahupun media elektronik memandang sinis dan hinanya terhadap pasukan yang diberi jolokan seladang itu.

Perbagai aktiviti yang diadakan kedua dua kumpulan penyokong ini,perbagai kaedah cara mereka mendekati   penyokong yang lain,perbagai teknik yang diambil untuk mengembalikan zaman kegemilangan penyokong pasukan Bolasepak Perak seperti dahulu,tapi diakhirnya setelah berberapa tempoh pengurusan Pafa yang baru diambil alih menampakkan belang harimau yang tertera dilogo P.A.F.A kembali nampak dengan jelas.Mana tidaknya Pada permulaan Pafa menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Pafa holding kononnya syarikat tersebut mampu untuk menambahkan dana didalam kantong Pafa,tetapi yang berlaku adalah disebaliknya. kini Pafa merancang untuk menubuhkan Pafa Fan Club yang kononnya mengikut perundangan FAM yang mahukan setiap pasukan memiliki sebuah Fan Club dibawah persatuan masing masing....itu semua dusta belaka.


Pada hakikatnya tujuan penubuhan Fan Club yang baru ini adalah bertujuan mengaut keuntungan 100 peratus tanpa boleh dikongsi dengan Fan Club yang lain antaranya Seladang Fan Club dan Kelab peminat Bolasepak Perak. Sudah pastinya mana mana individu yang ingin mendapatkan tiket subsidi RM 2 mesti mendaftar di Pafa fan club. Dalam pada masa yang sama kedudukan Fan club Fan club yang ada akan tergugat dan tersungkur dikaki pengurusan Pafa kerana tidak akan ada apa apa lagi kelebihan untuk terus bersama sama Kedua dua Fan club yang ada.Adakah ini adil untuk kedua dua Fan club yang ada? Fikir fikirkanlah wahai orang orang Perak.