Wednesday, October 24, 2012

Tiada lagi KTM untuk Pafa musim depan

Kalau musim lepas KTM menaja pergerakan untuk pasukan Perak kearah selatan secara percuma dan perjalanan istimewa serta makan dan minuman ditanggung oleh KTM tapi musim hadapan sudah tidak lagi,bukan sebab faktor kerugian tetapi disebabkan faktor tidak mendatangkan  faedah.

Persengketaan ini tercetus apabila tiada kerjasama yang diberikan oleh Pafa terhadap pihak penaja.antara yang menjadi kehangatan Pafa tidak sanggup untuk menanggung kos membuat papan tanda yang tertera distadium mahupun meletakkan logo Ktm di jersi pasukan,malah pihak Pafa menyuruh pihak KTM menanggung kos dan membuatnya sendiri.

Walhal seperti yang telah dikhabarkan sebelum ini kos KTM untuk menaja secara tidak langsung terhadap pasukan mencecah RM 200 ribu.isu ini timbul setlah logo Perak aman jaya ditampal secara besar dibahagian hadapan jersi pasukan,pada hakikatnya berapa duit sangat yang diberikan kepada pasukan,Arwana sebuah bas persiaran yang ditaja untuk pasukan,pada hakikatnya gaji pemandu ditanggung oleh PAFA...

Sekiranya sikap sebegini rupa diteruskan penaja penaja diluar sana tidak sudi menjenguk untuk menaja PAFA bukan disebabkan orang politik didalam Pafa tetapi sikap pengurusan seperti budak sekolah khas.


Tuesday, October 23, 2012

KUBALA DAN BODJONGO

Mungin ramai yang hairan kenap prestasi kedua dua import ini merudum dipenghujung saingan liga.
Mungkin ada yang menyangka mereka berdua tiada kualiti yang seperti diharapan oleh semua pihak.
Mungkin semua tanggapan kita terhadap mereka berdua ada yang betul dan ada yang salah.

Desas desus bertiup kencang seperti angin di lautan,dimana ini sebenarnya salah orang ketiga,kita mulakan sedikit cerita mengenai kisah Bodjongo.pening jugak bila mengetahui kisah ini bahawasanya rekod si permata hitam ini,beliau adalah seorang pemain di posisi tengah bukan attacking midfielder ataupun sebagai seorang pemain dibahagian serangan(stricker). Kali terakhir beliau beraksi sebelum mengalami kecederaan lutut dan sebelum berpindah ke Perak,beliau masih beraksi di bahagian tengah disebelah kanan bukan beraksi sebagai pemain sayap,cuba kita lihat betul betul corak permainan beliau,beliau tidak mampu menjaringkan gol dengan baik walaupun memiliki rembatan yang padu dan larian yang agak sedikit laju tapi perlahan berbanding Razali Umar Kandasamy. malah beliau kurang bijak sebagai seorang penyerang untuk mencari ruang dan mencelah agar mampu untuk menterjemahkan dengan jaringan.bukan salah si Bodjonggo.

Mengenai kisah si Kubala pula,dikhabarkan beliau sebenarnya telah bertelagah dengan seseorang iaitu inividu kepercayaan Pafa, beliau berjaya menghidu perjalanan jijik beberapa individu dan orang tersebut mengenai kisah penentuan keputusan perlawanan,Kubala agak kecewa kerana beliau seorang pemain yang mementingkan kejayaan pasukan,tetapi bagi dirinya tidak bermakna lagi kerana walaupun belaiu mampu beraksi dengan cemerlang dan berjaya membuka ruang untuk terjemahan kemenangan tetapi selagi ada beberapa iblis yang menentukan keputusan perlawanan ianya memang tidak berguna.