Sunday, November 13, 2011

PAFA Harga tiket naik 12 peratus musim 2012

Musim hadapan penonton dan penyokong bola sepak perak akan membayar harga tiket yang baru kerana kenaikan yang baru ini boleh lagi diangap masih murah berbanding ditempat yang lain.

mungkin penyokong dan penonton yang hadir tidak berapa kisah sangat dengan kenaikan harga tersebut ditambah pula terpaksa membayar tempat meletak kenderaan kepada pihak berwajib.
namun persoalannya kini yang sedang hangat diperkatakan iaitu, mampukah PAFA dan MBI memberi kepuasan maksimum terhadap wang yang terpaksa dikeluarkan oleh mereka mereka yang bakal hadir kestadium nanti.

Kepuasan yang dimaksudkan keadaan kebersihan dan keindahan stadium IPOH,seperti pagar yang berkarat dicat semula,tempat duduk yang kotor dan melekit lekit dicuci dan dibersihkan, keadaan tandas yang amat menjijikkan hendaklah sentiasa dijaga dan dibasuh agar ianya akan sentiasa berada didalam keadaan yang baik. ini tidak bukan sahaja berbau hancing dan busuk,malahan lampu tandas juga tidak berfungsi. Tempat bersolat juga tidak langsung selesa. Berbaloikah dengan harga tiket untuk musim hadapan dengan kemudahan yang disediakan tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Cuba kita contohi di stadium Pahang, tandas sentiasa akan dibasuh dan dijaga kebersihannya namun seitap individu yang ingin menggunakan tandas perlu membayar 20 sen setiap kali masuk. tetapi tempat meletak kenderaan tidaklah perlu dikenakan sebarang bayaran.

distadium shah alam, tempat meletak kenderaan dan tandas tidak dikenakan sebarang pembayaran namun keadaan tandas tetap berada ditahap yang memuaskan dan tidak memiliki kekaratan ataupun kekotoran ditempat duduk walapun harga tiket mencecah rm 15.

distadium paroi,tempat meletak kenderaan dan tandas tida perlu dikenakan pembayaran,tetapi keadaan stadium bersih keadaan tandas memuaskan,lampu tandas berfungsi dengan baik ,keadaan dalam tandas bersih.

dan juga stadium darul aman,keadaan tandas sentiasa memuaskan tempat duduk yang bersih keadaan stadium taklah sehancur stadium ipoh, juga tidak mengenakan sebarang pembayaran baik tempat meletak kenderaan ataupun tandas,malah keadaan padang memuasan tidak botak di sana sini, tidak berkarat.walaupun disana memiliki tiga harga tiket yang berlainan iaitu rm 7,rm 12 dan rm 15.

Harapan kami kepada PAFA dan MBI,pastikan sebelum harga tiket naik,kemudahan harus juga diberi peningkatan.......jangan pula pihak media bertali arus mengeluarkan berita mengenai aduan rakyat.