Sunday, September 11, 2011

Bualan hangat distadium Perak..........

Perlawanan Piala Malaysia Yang kedua Dipusingan yang pertama iaitu Perak menentang Skuad Jengking(Johor FA) semalam yang juga mendapat liputan secara langsung dari Astro Arena.

Perlawanan yang penuh dengan dramatik dan kontroversi dengan beberapa keputusan pengadil termasuk tidak memberi sebarang kad kuning ataupun merah kepada pemain Johor,walaupun ianya seharus diberikan kepada pemain.

Apa yang menjadikan ianya perbualan yang hangat diperkatakan disetiap bibir penyokong dan penonton yang hadir,pemain lawan iaitu dari skuad Johor membentes pemain tuan rumah dengan kasar tidak diberikan kad kuning walhal pemain yang sama melakukannya,malah apabila pemain tuan rumah iaitu dari pasukan Perak,hanya mengasari pemain lawan sekali terus dilayangkan kad kuning tanpa sebarang amaran lisan,adakah itu satu taktik untuk menjahanamkan terus pasukan Perak dalam saingan kancah Piala Malaysia atau lebih dikenali piala syok sendiri FAM.

Apa yang lebih menghangatkan suasana stadium ditambah dengan cuaca yang boleh dikatakan panas kerana hujan yang turun terlalu singkat masanya,penjaga gol pasukan Johor menarik kaki pemain pasukan Perak didalam kotak penalti,menyentuh tubuh pengadil,memaki pengadil dan mengamuk tidak langsung diberi sebarang tindakan dari pengadil yang bertugas,malah hanya sekadar mengugut untuk melayangkan kad.Apakah wajar dengan tindakan tersebut.

Apakah pengadil yang ditugaskan pada perlawanan kali ini hanya untuk menyakitkan hati sekalian penduduk disitu atau sengaja menjatuhkan maruah diri sendiri.

Persoalannya kini apakah akan ada tindakan susulan dari pihak yang bijaksana terhadap pemain terbabit.atau FAM hanya akan membisu selama lamanya.