Saturday, September 18, 2010

KENAPA DAN MENGAPA ATAU SEBAB APA???

Tentu ramai pembaca tertanya tanya mengenai tajuk diatas.....

Kini kita boleh lihat betapa peritnya pemain pemain yang terpaksa mengharungi perjalanan jauh dengan hanya menaiki Bas S.U.K Kerajaan Negeri Perak yang kian uzur.
Mungkin ini bukanlah alasannya untuk kami mahupun penyokong diluar sana mempertikaikan perkara sedemikian. Tetapi ini adalah demi pemain pemain yang inginkan keselesaan demi mengharungi perjalanan yang jauh.

Masalahnya kini kemanakah menghilangnya Bas yang pasukan menyewa sebelum ini.Adakah pihak syarikat Bas tersebut tidak lagi mahu menyiksakan diri mereka untuk membawa pasukan secara berhutang,ataupun pasukan sendiri yang sengaja tidak lagi mahu menggunakan perkhidmatan Bas tersebut,ataupun masalah yang lain.

Difahamkan PAFA telah berhutang dengan syarikat bas tersebut hampir mencecah RM2OO ribu.Mungkinkah kerana tidak sanggup berhutang lagi maka jalan penyelesaian menggunakan khidmat Bas dari Kerajaan Negeri.

Friday, September 17, 2010

COACH RAJA AZLAN HARUS AMBIL RISIKO???????

Sepertimana yang telah diketahui hampir keseluruhan penyokong Perak,dimana pasukan kini memiliki 3 penjaga gol yang berwibawa iaitu Khairul Amri,Kamarul Efendi dan Khairul Izwan,termasuk jurulatih merangkap pemain Megat Amir.

Tetapi apa yang menghairankan kenapa dan mengapa Coach masih lagi gagal dalam menajlankan tugasan.Semua orang tahu tidak kira siapapun seseorang jurulatih itu pastinya akan menurunkan pemain yang berada diprestasi terbaik, tetapi Raja azlan agak pelik,kerana sudah jelas dari segi zahir dan batinnya dimana Khairul Amri sudah bersedia dari semua aspek kecuali perasaan gemuruh. Namun beliau tetap tidak diberi peluang walaupun Khairul Amri telah menunjjukkan Prestasi yang menakjubkan ketika perlawanan Liga super iaitu ketika menentan Negeri Sembilan,dalam Perlawanan Persahabatan ketika menentang skuad selangor.

Apa sebenarnya yang telah terjadi.Jangan jadikan alasan kononnya pemain tersebut tidak bersedia.Kita semua ketahui dimana Shahrizal Saad tidak dapat diturunkan akibat pergantungan perlawanan.Razali Umar Kandasamy masih dibelengu masalah disiplin,kecederaan dan perbagai lagi. Kenapa tidak menurunkan Fauzi Kassim untuk digandingkan bersama sama pemain lain.... Kalau kita perhatikan sebelum sebelum ini dalam perlawanan persahabatan juga tidak diturunkan,lepas itu mulalah jurulatih memberi alasan pemain tersebut tidak mempunyai fungsi dalam pasukan,walhal pemain tersebut hanya diberi peluang sekali sekala macam bagi duit raya setahun sekali sahaja.

Setahu teman seseorang pemain itu harus memiliki rakan gandingan untuk berlatih dan bermain bersama,barulah keserasian itu wujud.Seandainya dalam sesi latihan digandingkan antara pemain a dan b,janganlah pula ketika perlawanan sebenar gandingkan pemain a dan pemain z,itu taktikal kurang pandai.Apa yang menghairankan raja azlan gemar menurunkan pemain yang berjersi no 10 iaitu Nazri Kamal, dalam pemerhatian kami,Nazri kamal gemar bermain sendirian tanpa menghiraukan pergerakan rakan rakan dikiri dan kanan,corak permainan yang diterapkan oleh Nazri kamal hanya sesuai untuk perlawanan futsal.

Thursday, September 16, 2010

CABAR PAFA

Pihak pengadil dengan beraninya menganiaya pemain pemain dan penyokong Perak,dimana dengan sesuka suka hati menjatuhkan hukuman yang tidak sepatutnya kepada pemain dalam masa yang sama membuatkan emosi penyokong penyokong Perak ke tahap yang panas sepanjang permainan atau perlawanan dilangsungkan.

Contoh yang terbaru dimana pengadil yang mengadili pasukan Perak menentang pasukan ATM, Distadium Ipoh, dengan sengaja membiarkan pihak lawan menerjah dan mengasari pemain pemain Perak,lantas juga tiada sebarang tindakan yang dikenakan keatas pemain pemain lawan walhal kesalahan tersebut harus dikenakan hukuman kad Merah atau atas budi bicara pengadil tersebut kesalahan boleh dikenakan kad kuning.

Salah satu kesalahan yang tidak boleh diterima langsung dimana pemain ATM menerajang kaki pemain Perak dan selepas itu baru mencari bola,ianya berlaku betul betul dihadapan mata pengadil itu sendiri,tetapi pengadil menganggap ianya perkara yang tidak boleh dianggap satu kesalahan.

Pemain Perak yang dikasari dengan cara disiku oleh Pemain lawan juga tidak dianggap satu kesalahan,Masalahnya kini apabila pemain pertahanan pasukan Perak mengeluarkan bola fari kawasan bahaya,dan selepas tindakan tersebut baru kaki pemain tiba,ianya dianggap satu kesalahan yang serius dengan lantas pemain pasukan Perak dikenakan kad kuning,adakah tindakan pengadil tersebut adalah wajar.

Seandainya perkara sebegini rupa tidak lagi mahu berulang maka pihak pengurusan PAFA yang baru ini wajib membuat aduan ke pihak yang berwajib dan haruslah memastikan pengadil perlawanan yang bakal mengadili pasukan Perak selepas ini,pengadil yang benar benar bersih,cekap dan amanah.

Sekiranya perkara sedemikian tidak dilaksanakan oleh pihak pengurusan yang baru ini,jelas pengurusan yang ada pada hari ini gagal demi memastikan pemain pemain pasukan Perak bermain dengan penuh keseronokan disebabkan pasti mereka ini akan dianiaya oleh pengadil lagi.