Saturday, July 31, 2010

LALANG KEMBALI MERIAHKAN SUASANA

Dahulunya Persauan Bola Sepak Perak diterajui oleh DS NIZAR sebuah Kelab yang dikenali Kelab lalang(Kelab Peminat) telah berhenti dari menyokong termasuk tidak membenarkan pemain pemain gendang bermain ketika pasukan beraksi walaupun di stadium Ipoh.

Tetapi pada kali ini setelah DS NIZAR melepaskan jawatan dari PAFA menampakkan semula diri mereka distadium Ipoh. Terutama semalam ketika perlawanan saingan liga super dimana pasukan Perak bertemu pasukan Kedah kelab lalang telah kembali memeriahkan suasana yang ditdak mendapat sambutan daripada kalangan penyokong iaitu telah melakukan aktiviti pertandingan sepakan penalti.Kesemua peserta yang terlibat adalah kroni Presiden kelab lalang tersebut.

Untuk pengetahuan kalian,Presiden kelab lalang tersebut kembai mengepak dada apabila buat pertama kali berkumpul sesama mereka ditempat duduk utama,dan perbagai gaya temasuk memutar belitkan fakta ketika berbual bersama sama wartawan yang ada distadium.

Monday, July 26, 2010

PAFA MENDERITA.................

Persatuan Bola Sepak Perak dibawah pimpinan sementara Dato Seri Abdullah Hisan,terpaksa mendiamkan diri kerana tiada sumber kewangan untuk membayar gaji dan hutang piutang yang ada,dimana perkara ini akan berterusan sehingga 2 minggu setelah selesainya menyuarat Agung yang akan berjalan pada 7 Ogos 2010 di Heritage Hotel Ipoh.

Difahamkan bahawa secara automatiknya Preiden Pafa akan dimiliki oleh Yb Dato Zainol Padzi iaitu Exco Sukan dan kebudayaan kerajaan Negeri Perak. Itupun seandainya Kerajaan Negri Perak sudi Menaburkan kewangan kedalam Kantong PAFA. Sudah pastinya Dato Seri Abdullah Hisan dan Yb Dato Zainol Padzi tidak mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri kerana sebab sebab tertentu.

Diharapkan pemain pemain dan pegawai pegawai yang layak untuk menerima gaji terpaksa bersabar,berkemungkinan mereka akan menerima gaji mereka kembali 2 minggu selepas tarikh Mesyuarat yang bakal diadakan.

Harap harap penyokong diluar sana ayuh kita penuhkan stadium sekurang kurangnya,duit yang dikeluarkan oleh kita bolehlah bayar gaji mereka didalam pasukan,jangan haraplah duit mereka mereka yang berjawatan di dalam PAFA untuk dikeluarkan demi pasukan.

Thursday, July 15, 2010

ADAKAH INI SATU PERUBAHAN YANG POSITIF

Pasukan Perak akan menginap di Hotel Sunway Selangor jumaat ini,dimana pasukan Perak akan beraksi dalam saingan Liga Super Sabtu ini Di Stadium Paroi Seremban.

Difahamkan pemain pemain akan diberi taklimat dan kata kata semangat oleh Ketua Tukang Masak Hotel tersebut,mungkin nak suruh pemain pemain berhenti main bola dan bekerja sebagai tukang masak............

Berkemungkinan besar pengurusan yang ada sekarang ini,akan membuat satu aktiviti dimana memberi motivasi kepada pemain pemain agar terus bersemangat dan melakarkan kejayaan dalam satu waktu yang sama dimana pemain pemain masih belum menerima gaji....

Apa yang melucukan disini ketika pasukan Perak menjadi pasukan tuan rumah saingan liga super ketika menentang Selangor,dimana perlawanan pertama setelah berehat panjang dan juga buat pertama kali Dato Abdullah Hisan menjadi pemangku Presiden,pemain pemain dijanjikan bonus teramat lumayan seandainya pasukan Perak menang maka satu pasukan termasuk pegawai dan jurulatih akan dibawa terbang ke Indonesia untuk bercuti,,,,,,adakah perkara sebegini rupa akan terlaksana,kerana difahamkan PAFA kini tiada bajet yang mencukupi untuk melaksanakannya.

Bagi pemain pemain bukan itu harapan mereka,harapan mereka ialah gaji dan wang bonus sudah memadai bagi meningkatkan moral dan semangat jati diri masing masing.

Harap harap Pengurusan sementara Pafa ini jagalah kebajikan pemain pemain dan janganlah melakukan perkara yang bodoh seperti yang pernah dilakukan oleh zaman zaman pengurusan 2008.

Saturday, July 10, 2010

WAHAI PENGURUSAN PAFA YANG BARU???????

Hari ini sudah 11 julai 2010,pemain dan pegawai PAFA/PERAK yang sepatutnya sudah menerima gaji tetapi pengurusan yang baru ini masih gagal melunaskan gaji yang sepatutnya dibayar dalam tempoh 28 Jun hingga 07 Julai 2010.

Dikhabarkan sepatutnya pengurusan yang baru ini tidak akan wujudnya masalah untuk membayar gaji kerana PAFA telah mendapat wang suntikan dari Kerajaan Negeri Perak.
Tetapi kenapa dan mengapa masalah sedemikian masih lagi wujud.

Takkan masih ada yang ingin mengambil peluang untuk menyalah gunakan wang yang telah disumbangkan oleh kerajaan. Harus diingat wang tersebut muncul sebenarnya wang rakyat.Tolonglah gunakannya kearah yang betul........

Persoalannya sekarang adakah pihak media tempatan mengetahui perkara ini,kerana perkara ini tidak lagi mahu dihebohkan kerana pengurusan PAFA pada kali ini dipimpin oleh warga bendera merah putih,bukan hijau putih.

Friday, July 9, 2010

PRESIDEN KELAB PEMINAT SEBENARNYA BERPOLITIK

Ketika PAFA dibawah pimpinan DS Nizar,Presiden KPBP bersuara lantang tidak kira diakhbar ataupun ditelinga telinga penyokong setia bola sepak Perak,kononnya DS Nizar tidak layak memegang jawatan tersebut kerana kerap kali membayar gaji lewat iaitu pada 7HB setiap bulan.

Kenapa setelah DS Abdullah Hisan memegang jawatan Pemangku Presiden PAFA pada hari ini,telah mengatakan gaji akan dibayar juga pada bulan ini tetapi tarikhnya belum diketahui,tidaklah pula Presiden KPBP bersuara lantang sebelum ini.

Bukankah ini telah membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi presiden KPBP. Untuk pengetahuan semua beliau yang dimaksudkan ialah Jamil.

Malah beliau kini kembali mengalu alukan kehadiran penyokong kembali ke stadium untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Perak tidak kira dimana perlawanan berlangsung.Kalau di zaman pemerintahan DS NIZAR beliau menghasut agar kesemua penyokong tidak perlu menghadirkan diri untuk menyaksikan dan menyokong pasukan Perak....... Bukankah ini semua agenda politik.........