Monday, May 31, 2010

DALAM PAHIT ADA PULA CERITA MANISNYA!!!!!!!!!!

Seperti tajuk yang tertulis diatas,mungkin perlbagai persoalan tertimbul,tetapi inilah realiti yang telah berlaku didalam pasukan bola sepak Perak. Termasuk situasi yang melanda dalam sesetengah pihak yang bergelar peminat dan penyokong.

Kita mulakan dahulu dengan pembuka cerita pahit yang menimpa dan yang melanda, dimana semua sedia maklum pasukan Perak kini berada ditangga ke 12 dan hanya berbaki 7 perlawanan untuk dirempuhi.Jurulatih dan pemain harus melakukan sesuatu demi memastikan agar pasukan Perak yang dianggap diantara pasukan E.L.I.T dalam liga Malaysia ini terus terjerumus ke saingan Kancah Liga Perdana dan secara automatik terus menjadi diantara pasukan Negeri tidak layak beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini.Kini pasukan hanya memiliki 20 pemain yang beraksi dari awal musim dalam masa yang sama hanya 15 pemain yang benar benar cergas tetapi tidak cerdas. 2 pemain pula mengalami kecederaan iaitu Shahrizal Saad dan Benerdict Martin. Malah seorang pemain pula telahpun terpaksa meninggalkan pasukan kerana kontraknya tidak disambung iaitu Farid dan seorang lagi pemain kita terpaksa digugurkan dari pasukan akibat mengalami kecederaan dari musim lepas iaitu Fauzi Ariffin.Yang paling menyedihkan seorang pemain yang disegani pula kini berada di penghujung titian,disebabkan masalah sendiri......dimana masalah disiplin yang gagal di didik oleh ketua jurulatih pasukan,masalah disiplin pemain ini lebih teruk daripada pemain pemain dalam dunia ini,nama pemain tersebut tidaklah perlu kita siarkan anda semua pasti tahu.

Sudahlah pasukan menghadapi perbagai masalah,kini ditambahkan pula dengan suasana segelintir peminat dan penyokong bola sepak Perak,dimana mula berpaling tadah terhadap pasukan.Sehinggakan ada individu demi kepentingan perniagaannya dan demi kepentingan peribadinya sanggup mengusutkan keadaan dengan mengeluarkan beberapa perkara yang teramat buruk kedalam surat khabar agar pihak pengurusan dan jurulatih berundur.Sepatutnya waktu waktu begini bukanlah perkara sebegini rupa sepatutnya dilakukan malah seharusnya individu tersebut bersama sama kuncu kuncunya bekerjasama bagaimana caranya untuk mengajar penokong penyokong diluar sana agar bersama sama ke stadium untuk memberi sorakan yang gemuruh demi menaikkan semangat pemain pemain muda Perak dapat beraksi dengan penuh bertenaga dalam situasi yang sama mengharapkan kejayaan dapat dikecapi,ini tidak suasana distadium terus malap dengan keadaan yang penuh dengan kehibaan tanpa paluan gendang dan keriuhan dari mulut mulut penyokong.
Apa yang menghairankan apabila dalam perlawanan antara lagenda Perak menentang Lagenda Selangor perbagai kain rentang yang riang digantung,gendang dipalu oleh mereka mereka yang boleh dianggap lalang,mungkin kerana exco sukan negeri Perak ingin diampu oleh mereka mereka yang mementingkan nama dan wang.......tetapi tidak mementingkan maruah negeri dan maruah rakyat negeri Perak dimata luar sana. Yang lebih terharu dalam situasi begini ada pula perbagai fitnah timbul demi menjatuhkan maruah diantara pihak pengurusan kini.Kononnya pemain pemain tidak menerima gaji selama 2 bulan,pengurus makan duit bas dan perbagai lagi.Kononnya pihak pemimpin tertinggi pentingkan politik.

Namun begitu dalam kesedihan dan keperitan yang melanda pasukan dan penyokong kemanisan mula dirasai dengan kehadiran semula penjaga gol pasukan Perak yang baru pulih dari kecederaan iaitu Kamarul Efendi,dan kemasukan semula bekas pemain skuad Piala Presiden Perak musim lepas iaitu Khairul Izat.Ditambah pula dengan penambahan pemain yang serba boleh yang lebih dikenali deva bekas pemain skuad piala Presiden Myteam dan pemain skuad Perak Indian dan pemain pinjaman yang kini beraksi dalam liga India dan bekas pemain Myteam musim lepas yang juga beraksi di posisi penyerang iaitu stanley.Kesemua pemain ini telahpun berjaya mendapatkan lesen dari F.A.M. Deva dan Khairul Izat akan dibenarkan beraksi untuk pertama kalinya musim ini ketika bertemu pasukan Kelantan esok di kota baharu.Stanley akan menyertai pasukan Perak setelah tibanya beliau ke Malaysia.Untuk pengetahuan pembaca Stanley menjadi rebutan diantara pasukan Perak dan Kl Plus,namun disebabkan keikhlasan beliau sudah pasti Pasukan Perak menjadi pasukan pilihan hati beliau.Ini adalah langkah pertama pasukan Perak terus kembali memberi saingan yang terhebat dalam kancah Liga Super musim ini.

Walaupun Pasukan Perak berada dalam suasana kepiluan dan segelintir penyokong kembali berpaling tadah terhadap pasukan masih lagi ada pihak yang ingin memastikan maruah dan imej rakyat negeri Perak yang sayangkan bola sepak mereka terus dengan mengantungkan Bena agar keindahan suasana tercetus diantaranya Yob4ever,Silver state ultras dan Kelab Seladang.Malah di luar Perak Seladang dot net turut mengantungkan bena mereka,ini membuktikan bahawa pasukan bola sepak Perak masih lagi memiliki Penyokong. Apa yang menarik perhatian pihak kami, 2 perlawanan yang terakhir di IPOH sebuah kelab Iaitu Kelab Seladang menganjurkan aktiviti kepada ahli mereka iaitu dengan mengadakan pertandingan sepakan Penalti.Ini juga salah satu langkah mengembalikan semangat jati penyokong Pasukan Perak agar mereka mereka diluar sana terus memenuhi stadium untuk menyokong dan mungkin dalam masa yang sama merapatkan hubungan diantara satu sama lain.Tetapi perkara sedemikian tidak mendapat liputan daripada Pihak M.E.D.I.A,adakah kerana perkara perkara sebegini rupa tidak perlu D.I.E.N.D.A.H.K.A.N...

Ayuh kepada semua pihak mari kita bersatu dan perkembangkan semula suasana keriuhan seperti dahulu diwaktu waktu begini.Disini membuktikan adakah anda penyokong yang setia ataupun penyokong yang berjiwakan L.A.LA.N.G

Saturday, May 29, 2010

LAGENDA SELANGOR MEMALUKAN

Semalam 28 mei 2010 dimana seluruh rakyat negeri Perak terutamanya dan seluruh rakyat Malaysia dapat melihat kembali aksi bekas bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negara dan negeri.Ucapan terima kasih harus di hulurkan kepada RTM dan KERAJAAN NEGERI PERAK kerana sedang berusaha untuk mengembalikan semangat kesukanan disetiap jiwa yang ada di muka bimi ini.

Tapi begitu sayang sekali dalam keriangan dan keseronokan pihak lagenda Selangor telah membuatkan seluruh rakyat negeri Perak kecewa,mungkin ada yang tertanya tanya kenapa,mengapa dan siapa yang menyebabkan kekecewaan tercetus,PASUKAN LAGENDA SELANGOR tidak mengizinkan pemain terhandal MALAYSIA DAN PERAK disuatu ketika dahulu iaitu AZIZUL ABU HANIFFAH tidak boleh sama sekali beraksi untuk PIALA PERAK. ini sebenarnya juga adalah satu penghinaan yang teramat besar untuk rakyat negeri Perak.

Dengan alasan pemain tersebut adalah bekas pemain yang terlibat dalam penentuan perlawanan, pihak kami berani mengatakan seratus peratus pemain pemain yang beraksi pada malam tersebut juga adalah bekas pemain yang juga turut terlibat dalam penentuan perlawanan. Mengapa perkara sedemikian harus terjadi,adakah Pasukan selangor malu atau takut akan mengalami kekalahan yang teramat besar....mungkin 10-0 atau lebih.

Apa yang mengembirakan kami disini walaupun tanpa kelibat AZIZUL ABU HANIFFAH(bekas pemain tengah terbaik Malaysia) pasukan Selangor tetap tewas,ini membuktikan bahawa pasukan Selangor hanya gah pada nama bukan pada kualiti.